Tip Membeli Belah Untuk Kuruskan Badan

WhatsApp
Facebook
Twitter
Telegram
LinkedIn

Ketika membeli belah, anda mungkin menghadapi masalah untuk membuat pilihan yang tepat. Untuk mendapatkan berat yang ideal, pengurusan berat badan dengan pemakanan yang baik dan nutrisi yang seimbang. Memasak makanan yang sihat agak mencabar jika bahan- bahan yang betul tidak ada di rumah.

Ramai yang membuat kesilapan kerana pilihan yang banyak di dalam pasar raya. Susun atur di dalam  pasaraya memang direka supaya orang ramai membeli dengan banyak. Ketika inilah kita akan terbeli semua jenis makanan yang tidak sepatutnya. Ini adalah salah satu sebab kita sukar mengawal berat badan.

 

Jadilah pengguna yang bijak ketika membeli belah. Tanpa memahami label makanan dengan baik, agak sukar membeli belah dengan bijak untuk menguruskan badan. Ikuti 5 tip dibawah:

  1. Senaraikan barang yang ingin dibeli

Menyediakan senarai belian adalah penting kerana biasanya tabiat kita akan tengok dan ambil barang sesuka hati tanpa panduan. Jika sudah ada senarai, kita akan terus menuju ke barang yang hendak dibeli. Ini juga salah satu tip berkesan jika kita mempunyai masa yang terhad untuk membeli belah.

  1. Letakkan bajet

Lebihkan membeli barang keperluan seperti ayam, ikan, sayur-sayuran dan buah-buahan berbanding di bahagian coklat, ais krim, snek dan biskut.

  1. Elakkan diri ke bahagian sejuk beku

Antara bahagian di dalam pasar raya mungkin anda tidak perlu masuk pun. Di bahagian sejuk beku yang terdapat banyak makanan proses dan segera seperti nugget, daging burger, aiskrim dan sebagainya yang akan membantutkan proses detok anda.

Bahagian makanan bertin seperti sardin, buah-buahan manis, makanan dengan pengawet yang tinggi yang tidak baik untuk kesihatan. Bahagian snek pula terdapat biskut, kerepek, coklat yang tinggi gula dan lemak trans.

  1. Beli secara online

Ada sesetengah orang apabila masuk ke pasaraya, akan mudah tergoda dengan coklat, snek, donat, kek, aiskrim, dan ini akan menyebabkan mereka tersasar dari belian makanan yang membantu misi turunkan berat badan. Untuk selamat beli secara online.

  1. Jangan membeli ketika lapar

Ketika lapar seseorang itu sukar membuat keputusan untuk membeli secara sihat. Jadi pastikan perut diisi, lebih mudah untuk kita membuat pertimbangan yang baik ketika mengisi troli belian.

 

Topik Lain

Saji Eksklusif

Topik Berkaitan