TERUNG BAKAR SAMBAL UDANG

WhatsApp
Facebook
Twitter
Telegram
LinkedIn

BAHAN:

2 biji terung – potong memanjang

½ cawan udang kering

10 tangkai cili kering yang sudah direndam dan dibuang biji

2 labu bawang Bombay

2 ulas bawang merah

1 ulas bawang putih

Sedikit air asam jawa

Sedikit minyak

Garam dan gula secukup rasa

 

CARA:

  1. Sapukan terung dengan sedikit minyak dan bakar sehingga masak.
  2. Kemudian kisar cili kering, bawang merah, bawang Bombay, bawang putih dan udang kering sehingga halus.
  3. Panaskan sedikit minyak, tumis bahan kisar sehingga pecah minyak dan pekat.
  4. Tambahkan air asam jawa dan ubah suai rasa mengikut citarasa anda.
  5. Gaulkan terung dengan sambal sebelum dihidangkan.

Topik Lain

Saji Eksklusif

Topik Berkaitan