BAHAN-BAHAN
200 gm keledek merah
150 gm keju cheddar – parut
3 keping ikan tenggiri
1 ½ sudu kecil serbuk kari
BAHAN SALSA
½ batang timun – dadu kecil
1 biji tomato – dadu kecil
2 sudu besar madu
1 sudu besar bawang besar – cincang
BAHAN SOS
½ cawan sos barbeku
1 ½ sudu besar krim masam
¼ cawan air
1 sudu kecil serbuk cili
1 sudu besar bawang besar – cincang
1 ulas bawang putih – cincang
Sedikit garam dan lada putih
CARA
- Bersihkan ikan tenggiri, kemudian gaulkan dengan serbuk kari dan garam. Selepas itu, gorengikan separuh masak.
- Kemudian rebus keledek sehingga empuk dan lenyekkan. Campurkan 100 gm keju dan gaul sebati. Kemudian ratakan keledek di atas ikan tenggiri. Akhir sekali taburkan dengan lebihan keju.
- Bakar dalam ketuhar pada suhu 180°C selama 10 hingga 12 minit atau sehingga keju menjadi perang.
- UNTUK SOS : Panaskan sedikit minyak, tumis bawang besar dan bawang putih sehingga naik bau. Kemudian masukkan sos barbeku, air dan biarkan mendidih. Kemudian tambahkan garam secukup rasa. Tutup api dan gaulkan dengan krim masam.
- UNTUK SALSA : Satukan ke semua bahan dan suaikan rasa. Akhir sekali, hidangkan ikan tenggiri panggang bersama sos barbeku dan salsa.