BAHAN-BAHAN:

6 biji telur – rebus dan goreng

1 batang serai

2 batang daun pandan

½ sudu kecil lada hitam

1 sudu kecil jintan manis

1 batang kulit kayu manis

½ cawan santan pekat

3 sudu besar kerisik

½ cawan air asam jawa

Gula dan garam secukup rasa

 

BAHAN KISAR

1 cawan santan cair

4 cm lengkuas

4 cm halia

5 ulas bawang merah

3 cm kunyit hidup

6 tangkai cili kering

 

CARA MENYEDIAKAN:

  1. Satukan bahan kisar dalam kuali.
  2. Apabila mendidih, masukkan telur rebus, kacau seketika. Masukkan bahan-bahan lain kecuali santan pekat dan kerisik.
  3. Apabila bahan agak mesra, masukkan santan pekat, kacau sebentar. Masukkan kerisik, kacau sekata dan perasakan gula dan garam secukup rasa.