BAHAN:
3 biji telur ayam
1 biji telur masin
1 biji brokoli dipotong sederhana besar
1 kiub stok ayam
½ cawan susu segar
Garam dan lada secukup rasa
CARA:
- Pukul telur ayam sehingga kembang, masukkan kiub ayam, garam dan lada.
- Oles sedikit minyak pada remekin pembakar dan pecahkan telur masin dan tuangkan di tengah-tengah bekas remekin pembakar.
- Tuang adunan telur ke dalam bekas dan susunkan brokoli ke dalam bekas itu.
- Kukus sehingga masak. Pastikan air mencukupi.