TAUHU TELUR SOS TIRAM

WhatsApp
Facebook
Twitter
Telegram
LinkedIn

Bahan-bahan

  • 2 paket tauhu telur – potong kecil
  • ½ cawan tepung jagung
  • Minyak

 

BAHAN sos

  • 6 ulas bawang putih – cincang
  • 1 tangkai cili merah – hiris
  • 2 sudu besar sos tiram
  • ½ sudu kecil – sos bijan
  • 1 ½ sudu besar bancuhan tepung jagung
  • 1 ½ cawan air rebusan ayam
  • Sedikit minyak – menumis
  • Garam dan serbuk lada putih secukup rasa

 

Cara Menyediakan

  1. Tauhu dicelup pada tepung jagung sebelum digoreng garing. Ketepikan.
  2. Untuk sosnya, tumis bawang putih hingga naik baunya.
  3. Masukkan sos tiram, minyak bijan, air rebusan ayam dan cili merah.
  4. Perasakan dengan garam dan serbuk lada putih.
  5. Apabila sos panas masukkan bancuhan tepung untuk memekatnya.
  6. Tuangkan sos ke atas tauhu yang telah digoreng tadi.

 

 

Pesan Saji :

Tepung jagung digunakan untuk memastikan tauhu tidak pecah semasa menggoreng.

Topik Lain

Saji Eksklusif

Topik Berkaitan