TAUHU KUNGFU

WhatsApp
Facebook
Twitter
Telegram
LinkedIn

BAHAN-BAHAN

2 ketul tauhu telur

3 ulas bawang putih – kisar

1 labu bawang besar – hiris bulat

1 batang lobak merah

5 ekor udang

1 Batang saderi – potong biasa

1 tangkai cili benggala

1 sudu besar sos tiram

1 sudu kecil lada hitam

1 sudu besar taucu

5 tangkai cili padi

1 sudu kecil tepung jagung

1 keping nanas -potong dadu

½  cawan air

 

CARA MENYEDIAKAN

  1. Goreng tauhu. Ketepikan.
  2. Tumis bawang putih. Bila dah naik bau, masukkan udang, sos tiram, lada hitam, cili padi, taucu dan sedikit air yang dicampur tepung jagung
  3. Masukkan bawang besar, cili benggala, lobak merah, saderi dan nanas.
  4. Setelah masak angkat dan tuangkan ke atas tauhu.

Topik Lain

Saji Eksklusif

Topik Berkaitan