TAUHU BAKAR TRADISI SELATAN

WhatsApp
Facebook
Twitter
Telegram
LinkedIn

BAHAN-BAHAN
6 keping tauhu
100 gm taugeh
½ batang timun – buang biji dan hiris
½ sengkuang – potong

BAHAN SOS
4 sudu besar cili kering kisar
2 ulas bawang putih
2 sudu besar gula pasir
3 sudu besar gula merah
30 ml air asam jawa
2 cawan air
1 sudu besar biji bijan- sangai
1 sudu kecil kacang tanah – tumbuk
Garam secukup rasa

CARA MENYEDIAKAN
1. Bakar tahu hingga masak dan ketepikan, kemudian celur taugeh dalam air panas dan tapis.
2. Untuk sos tauhu bakar, masakkan semua bahan sehingga mencapai tahap kepekatan yang diingini.
3. Masukkan biji bijan dan masak seketika selama 3 hingga 4 minit dan matikan api.
4. Hidangkan tauhu bersama taugeh, sengkuang, timun dan sos.

Topik Lain

Saji Eksklusif

Topik Berkaitan