BAHAN-BAHAN
1 cawan beras pulut
1 cawan santan
4 ekor ikan tamban masin
1 labu bawang besar – hiris bulat
3 tangkai cili merah besar – hiris halus
CARA MENYEDIAKAN
1. Kukus beras pulut sehingga separuh masak dan masukkan santan sedikit demi sedikit sehingga cukup rasa. Biarkan masak selama 5 minit.
2. Goreng bawang besar dan cili merah dengan minyak sikit dan masukkan ikan tamban masin dan goreng hingga masak.
3. Hidangkan bersama pulut dan sedia dimakan.