SUP BEBOLA IKAN WARISAN BONDA

WhatsApp
Facebook
Twitter
Telegram
LinkedIn

BAHAN-BAHAN

1 ekor isi ikan tenggiri – tumbuk halus

1 sudu kecil serbuk lada sulah

1 sudu kecil garam

4 sudu besar tepung ubi kayu

 

Bahan kuah

4 labu bawang besar – hiris

3 ulas bawang putih – hiris

3 cm  halia – hiris

2 batang kulit kayu manis

3 kuntum bunga cengkih

3 biji buah pelaga

2 kuntum bunga lawang

2 biji kentang – belah empat

1 batang lobak merah – potong kecil

 

CARA MENYEDIAKAN

  1. Satukan isi ikan, lada sulah, garam dan tepung ubi kayu. Gaul sebati dan bulat-bulatkan menjadi bebola. Bila dah siap ketepikan dahulu.
  2. Untuk kuahnya pula, panaskan minyak dan tumis bahan hirisan hingga naik bau. Kemudian masukkan air, kentang dan lobak merah.
  3. Bila air dah mendidih baru masukkan bebola ikan tadi dan rasa garamnya.
  4. Bila dah siap hiaskan sup bebola ikan dengan daun sup dan daun bawang.

 

Topik Lain

Saji Eksklusif

Topik Berkaitan