BAHAN STIU
2 labu bawang merah – dadu
Sedikit minyak
Sedikit serbuk lada hitam
8 biji tomato – buang biji dan dadu
3 sudu besar pes tomato
2 helai daun bay
½ cawan air sprite lemon
Air
BAHAN B
Kepala ikan merah/siakap
Gula dan garam
CARA MENYEDIAKAN
Panaskan minyak dan tumis bawang merah.
Masukkan tomato puri, daun bay, tomato dadu, serbuk lada hitam dan tumis sehingga layu.
Tuangkan air, masukkan garam dan gula.
Biarkan mendidih dan tuangkan sprite.
Akhir sekali masukkan kepala ikan.
PESAN SAJI: Anda boleh gantikan kepala ikan dengan isi ikan dori dan salmon.