Skip to Content

Monday, June 26th, 2017
STIM LEMON BERCILI

STIM LEMON BERCILI

Saji Online

FOTO & RESIPI: NORAZILA SAIM, JOHOR BAHRU, JOHOR.(zila4ever.blogspot.com)
Bahan bahan
1 keping isi ikan siakap – cuci dan toskan
1/2 sudu kecil lada hitam
1 tangkai daun ketumbar – hiris halus
1 tangkai daun bawang – hiris halus
1/2 biji lemon
3 tangkai cili padi
1 cm halia – hiris nipis
1 sudu kecil minyak bijan
2 sudu besar kicap cair
Garam secukupnya

CARA MENYEDIAKAN:
1. Lumur ikan dengan lada putih dan sedikit garam. Letak ikan di dalam pinggan untuk dikukus.
2. Susun kepingan lemon, halia, daun bawang, daun ketumbar atas kepingan ikan.
3. Kukus ikan lebih kurang 8 minit atau sehingga ikan masak.
4. Buang air kukusan ikan dari piring pengukus, campurkan minyak bijan dan kicap cair, tuang ke atas ikan.
5. Hias dengan hirisan daun ketumbar dan daun bawang

Previous
Next