Skip to Content

Saturday, August 19th, 2017
DAGING HITAM BERKENTANG

DAGING HITAM BERKENTANG

Saji Online

RESIPI: CEF GUNAWAN AKA CEF OBIE, AMPANG.

BAHAN-BAHAN:
500 gm daging lembu batang pinang
150 gm ubi kentang
15 tangkai cili kering -kisar
5 ulas bawang merah – kisar
2 ulas bawang putih -kisar
2 helai daun pandan
1 batang kulit kayu manis
3 biji bunga lawang
½ cawan kicap manis
4 sudu besar kicap masin
½ cawan air asam jawa
½ cawan air

CARA MENYEDIAKAN:
1. Tumis kulit kayu manis dan bunga lawang, masukkan bahan kisar seperti bawang merah, bawang putih dan cili kering sehingga terbit minyak.
2. Masukkan daging dan kacau rata, biarkan ia mendidih masukkan air biar seketika.
3. Kacau sebentar dan biar ia memekat, masukkan kentang , air asam dan kicap manis juga masin.
4. Biar mereneh, terpulang kepada anda sekiranya ingin lauk berkuah sila tambah air lagi jika tidak suka biar ia memekat dan sedikit kering.

Previous
Next