Rendamkan bawang besar yang dipotong ‘ring’ bersama susu UHT selama 5-10 minit. Kemudian keluarkan bawang dan asingkan susu tersebut.Campurkan bahan-bahan kering iaitu tepung gandum, tepung beras, tepung jagung, serbuk cili, lada putih dan garam di dalam mangkuk. Gaulkan rata.Tuangkan susu tadi dan kacau perlahan-lahan sehingga menjadi adunan yang lembut (jangan terlalu pekat dan tidak semestinya habiskan semua susu tersebut).Panaskan minyak, celupkan bawang kedalam adunan dan goreng sehingga kuning keemasan.Kemudian, angkat bawang yang telah digoreng dan tuskan minyaknya.Untuk sos Aioli pula, satukan semua bahan iaitu bawang putih, mayonis, sos mustard, lada hitam, lada putih dan garam didalam bekas. Gaul sehingga rata dan hidangkan bersama bawang yang telah digoreng tadi.