BAHAN-BAHAN:
4 ekor sotong (bersih dan kelar)
Sambal Belacan:
4 tangkai cili merah
4 tangkai cili padi
1 biji limau nipis
Sedikit belacan
Sedikit cuka
Sedikit gula dan garam secukup rasa.
CARA MENYEDIAKAN:
- Sotong di bersih dan di kelar. Kemudian dipanggang (pastikan semasa dibakar tidak terlalu masak.
- Sambal belacan ditumbuk atau dikisar dan campur kesemua bahan hingga sebati.
- Hidangkan sambal bersama sotong bakar tadi.