BAHAN-BAHAN:
½ biji kelapa muda – diparut halus
2 keping gula melaka
2 cawan tepung gandum
3 biji ubi stela (keledek)
1 sudu kecil garam
CARA MENYEDIAKAN:
- Ubi dipotong dadu dan kecil.
- Manisan dimasak bersama 1 liter air.
- Apabila mendidih masukkan kelapa, garam dan gandum.
- Kacau sampai sebati, kemudian masukkan ubi dan biarkan ia sejuk.
- Apabila telah sejuk ambil sesudu makan dan bungkus dengan daun pisang.
- Kukus selama 20 minit.