Som Katering Bukti Kebangkitan Wanita

WhatsApp
Facebook
Twitter
Telegram
LinkedIn

 10 info menarik tentang Som Katering:

  • Som Catering ditubuhkan pada tahun 2010. Diasaskan oleh Che Som Rashid.
  • Sharina Mustapha adalah Pengurus dan juga merupakan anak kepada Che Som Rashid.
Sharina Mustapha bersungguh-sungguh dan komited dalam meneruskan legasi ibundanya.
  • Walaupun berpengkalan di Kampung Pandan, Ampang, namun sedia berkhidmat kepada pelanggan sekitar Lembah Klang.
  • Menyediakan perkhidmatan katering untuk majlis perkahwinan, majlis korporat, majlis hari jadi, mesyuarat kursus dan seminar, majlis kesyukuran juga penghantaran makanan.
  • Penghantaran ‘lunch box’ turut disediakan sekitar Lembah Klang yang berharga hanya RM10 satu.
  • Mempunyai 16 orang pekerja tetap.
Antara pekerja dan tulang belakang Som Katering. 90% dikuasai oleh wanita.
  • Minimun order 50 pax.
  • Pernah mendapat order 4000 pax di Shah Alam. Makanan dihantar menggunakan bas dengan pekerja seramai 40 orang.
  • Menu ‘killer’ daging masak hitam. Berbeza dengan masakan lain kerana ia menggunakan resepi turun temurun. Juga tidak kedekut rempah hingga menjadikan masakan itu seperti masakan di rumah.
  • 90% diusahakan oleh wanita. Som Catering menyaksikan kebangkitan wanita terutama ibu tunggal bagi meneruskan kehidupan.
Tauhu begadil juga merupakan menu istimewa Som Katering.
Pelanggan juga boleh membuat permintaan menu istimewa seperti Bawal Sambal Berlado ini.
Diminati ramai Nasi Minyak Bersayur.
Pemanis mulut Pengat Pisang Bersagu.

Topik Lain

Saji Eksklusif

Topik Berkaitan