PUDING BUIH

WhatsApp
Facebook
Twitter
Telegram
LinkedIn

BAHAN:

2 paket agar-agar serbuk –(1paket 10gm)

1200 ml air

6 sudu besar gula – tambah jika suka manis

4 biji telur gred A  – simpankan 1 kuning telur untuk dimasukkan ke dalam kuah

1 tin buah koktail /longan – pilihan

1 sudu kecil pes pandan

Sedikit pewarna dan pes/emulco- ikut cita rasa

BAHAN KUAH:

1 tin susu cair

2 tin air – guna tin susu cair

7 sudu besar gula – ikut cita rasa, kalau suka manis tambah

2 sudu besar tepung kastard

1 biji kuning telur yang diambil dari 4 biji telur tadi

2 helai daun pandan – simpul

1/4 sudu kecil garam

1. Masak agar-agar serbuk bersama air, pes pandan/daun pandan dan gula hingga mendidih. Apabila mendidih padamkan api dan biarkan sejuk sedikit.
2. Setelah itu, agar-agar sudah suam, pukul telur hingga betul-betul kembang dan gebu (4 putih dan 3 kuning sahaja). Pukul dulu putih telur hingga menjadi kembang (kalau kita terbalikkan mangkuk tu dia tidak tumpah) barulah masukkan kuning telur satu persatu sambil dipukul lagi hingga kembang dan gebu.

 

3. Tuangkan adunan agar-agar ke dalam adunan telur dan pukul dengan mixer hingga sebati.

 

4. Bahagikan adunan kepada dua bahagian jika hendak buat dua lapisan/warna puding. Masukkan pewarna dan pes yang disukai dan kacau hingga sebati. Basahkan acuan dengan air biasa dan tuangkan adunan pertama dan biarkan mengeras sedikit di bahagian atas.

 

5. Kemudian tuangkan lapisan seterusnya dengan perlahan-perlahan di tepi bahagian mould (seeloknya tuang atas belakang sudu/senduk) supaya adunan tidak masuk ke dalam lapisan sebelumnya. Setelah puding suam, masukkan ke dalam peti ais dan sejukkan sebelum dihidangkan.

Topik Lain

Saji Eksklusif

Topik Berkaitan