BAHAN

5 biji pisang tanduk

300 gm gula

5 biji gula batu

2 helai daun pandan

5 kuntum bunga cengkih

2 sudu kecil pewarna kuning

1 tin longan

1 mangkuk air

 

CARA:

1. Masak air, gula dan gula batu hingga mendidih.

2. Kemudian masukkan pisang, longan, bunga cengkih dan daun pandan. Masak hingga pisang empuk.

3. Akhir sekali masukkan pewarna kuning. Kacau seketika dan sedia untuk diangkat.

4. Lebih sedap jika dimakan bersama ais.