Tamu Hotel & Suites Kuala Lumpur yang terletak di Kampung Baru, merupakan lokasi strategik buat pengunjung merehatkan fikiran sambil bersantai. Kemudahan akses yang berdekatan membolehkan pengunjung berjalan kaki terus dari hotel ke destinasi lain seperti Kuala Lumpur City Centre (KLCC), Menara Kuala Lumpur dan Masjid Jamek dengan mudah. Selain keselesaan dan susun atur deko hotel yang menarik, kehebatan airtangan Cef Eksekutif Sabri Hassan merupakan salah satu tarikan buat pengunjung serta pelancung asing.

Cef Sabri Hassan yang mempunyai pengalaman lebih dari 30 tahun dalam bidang perhotelan, tidak dinafikan sentuhan airtangannya dalam masakan Asia dan Fusion kontemporari sentiasa mendapat tempat.

Hanya penggunaan bahan mentah yang berkualiti dan segar, diutamakan. Di sepanjang bulan Ramadan, yang hampir melabuhkan tirai ini, Tamu Hotel telah mengangkat tema Singgah Rasa Ramadan, yang ternyata mendapat sambutan. Cef Sabri bersama team, telah mengilhamkan 99 menu hidangan antaranya ayam panggang Morocco, Kambing Panggang dan Nasi Mandy, Gulai Kambing Kashmir, aneka sup berempah, aneka pasta dan mi serta masakan kampung Ibunda.

Untuk menikmati hidangan istimewa ini, anda bolehlah berkunjung ke [email protected] yang menjanjikan gaya persembahan rasa masakan yang unik. Selain itu, Sky Lounge yang terletak di aras 40, merupakan tempat makan eksklusif sambil melihat pemandangan pusat bandar Kuala Lumpur dari atas.

TAMU Hotel & Suites Kuala Lumpur
120 Jalan Raja Abdullah
Kampung Baru
50300, Kuala Lumpur
03- 2603 1999