SAMBAL TAUHU DENGAN UDANG

WhatsApp
Facebook
Twitter
Telegram
LinkedIn

BAHAN-BAHAN

2 keping tauhu – potong kiub dan goreng

250 gm udang sederhana besar

1 labu bawang besar – potong bulat

1/4 cawan jus asam jawa

 

BAHAN KISAR

5 ulas bawang merah

2 ulas bawang putih

3 cm belacan

1 sudu besar udang kering

5 tangkai cili merah

4 tangkai cili padi

 

BAHAN A

1 sudu besar sos tiram

2 sudu besar sos cili

1 sudu besar gula

Garam secukup rasa

 

CARA :

 

  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan-bahan yang dikisar hingga wangi.
  2. Masukkan sos tiram dan sos cili sambil di kacau. Masak hingga terbit minyak dengan menggunakan api sederhana.
  3. Tuang jus asam jawa kedalam kuali dan masukkan gula.
  4. Bila mendidih, masukkan udang dan bawang besar. Gaul rata dan masukkan tauhu tadi dan tambah sedikit garam. Masak hingga sambal pekat.

 

Topik Lain

Saji Eksklusif

Topik Berkaitan