BAHAN
500 gm udang kasar direbus
¼ biji betik masak
¼ biji lemon – ambil jus
5 sudu besar mayonis
1 sudu besar sos cili
CARA
- Rebus udang dengan perahan air lemon, sedikit garam dan lada sulah.
- Tuskan udang yang telah direbus, sejukkan dan buang kulit. Ketepikan.
- Betik dibuang kulit dan dipotong dadu.
- Di dalam satu bekas campurkan mayonis dan sos cili.
- Masukkan udang dan betik. Kacau rata.
- Sejukkan di dalam peti ais sebelum dihidangkan.