BAHAN
1 paket sosej ayam
½ biji lada benggala hijau kecil
½ biji lada benggala merah kecil
½ labu bawang besar
2 biji tomato
1 biji lemon – ambil jusnya
3 sudu besar minyak zaitun
1 sudu besar cuka salad
Garam dan lada sulah
CARA
- Sosej digoreng sekejap di atas api kecil dan dipotong serong.
- Lada benggala hijau, merah dan bawang besar dicincang halus.
- Tomato dibuang biji dan potong dadu.
- Satukan ke semua bahan ini di dalam satu bekas. Ketepikan.
- Sementara itu, di bekas lain campurkan minyak zaitun, cuka salad dan jus lemon dalam satu bekas. Kacau dengan kuat sehingga menjadi agak pekat. Perasakan garam dan lada sulah.
- Tuangkan sos ini di atas sosej yang telah disatukan tadi dan gaulkan rata.
- Simpan seketika di dalam peti sejuk, sebelum dihidangkan.