BAHAN
2 keping dada ayam panggang
¼ biji nanas – potong dadu
½ biji lada benggala hijau
½ biji lada benggala merah
1 biji tomato
½ biji bawang besar – potong dadu
5 sudu besar sos thousand islands
Sedikit garam dan lada sulah
CARA
- Dada ayam panggang, lada benggala hijau, lada benggala merah dan tomato dipotong dadu.
- Gaulkan dengan sos thousand islands. Masukkan bawang besar dan nanas. Kacau hingga rata.
- Rasakan garam dan lada sulah.
- Simpan seketika di dalam peti sejuk sebelum dihidangkan.