Inginkan suasana berbuka puasa, seperti anda berada di rumah? UBE BANQUET HALL DI NILAI 3 merupakan lokasi yang strategik buat anda sekeluarga menikmati bufet Ramadan. Pelbagai pilihan hidangan tradisional dari kuih-muih sehinggalah lauk-pauk kampung, semestinya menepati citarasa anda. Aneka lauk-pauk kampung yang disajikan antaranya daging salai masak lemak cili api, rendang ayam pucuk ubi, ayam goreng kunyit kacang panjang, rendang daging basah, kari kepala ikan dan sup tulang.

 

Majalah SAJI berpeluang merasai hidangan masakan di UBE Banquet Hall dan tertanya menu-menu yang disajikan cukup enak. Istimewanya resipi serta hampir ke semua hidangan ini dimasak oleh Ketua Pengarah Urusan, Barahin Sapuan, 59, yang bertindak selaku Ketua Cef dengan dibantu oleh staf-staf di bahagian penyediaan makanan.

Ketua Pengarah Urusan, Barahin Sapuan

Menurut Barahin, dia lebih gemar turun dapur, bagi menjaga kualiti masakan selain mengekalkan resipi turun temurun agar tidak lari rasa. “Ia sangat penting, apatah lagi bila kita memasak masakan kampung. Segala deria rasa mahupun bau, perlu cekap bertindak. Masakan kampung begitu dekat di hati saya, sebab itu saya akan pastikan setiap masakan yang saya masak sedap dan disukai pelanggan.

Cerita Barahin, masakan kampung mempunyai tinggi permintaan. Untuk itu tahun ini, dia membuka 50 buah meja untuk tempahan bufet Ramadan berbanding 30 buah meja pada tahun lepas.

“Alhamdulillah… Masakan saya semakin disukai ramai. Ini kerana saya sangat cerewet, dan hanya yang terbaik kami sajikan buat pelanggan. Pelanggan bayar untuk kualiti yang bagus. Kita perlu kreatif, dalam pemilihan resipi. Memasak pula, tidak boleh terlalu mengikut  buku kerana ia hanyalah panduan. Selebihnya adalah kreativiti dan menerusi pengalaman yang ada.

Selain lauk-pauk kampung, turut terdapat gerai masakan memasak secara ‘live’ seperti mi goreng, kuey teow, ikan bakar, ayam, kambing mahupun sate. Apa yang pasti, nilai yang anda bayar sangat berbaloi dengan apa yang anda nikmati dan rasa.

“Apa yang penting, biarlah masak ikhlas daripada hati. Jangan masak asal boleh saja. Insya Allah, kalau ikhlas ramai yang suka.” Itulah rahsia kejayaan Barahin dalam memikat ramai pelanggan berkunjung ke UBE Banquet Hall.

Bagi yang membawa anak-anak kecil, jangan bimbang..pihak UBE Banquet turut menyediakan taman mini kanak-kanak. Surau untuk bersolat terawih pun ada disediakan.

Jom berbuka puasa di UBE Banquet Hall dengan harga yang sangat berpatutan iaitu RM18 untuk kanak-kanak (5 – 12 tahun) dan RM 59 untuk dewasa.  Sebarang pertanyaan dan tempahan boleh hubungi di talian 010-5870000.

Instagram: @ubebanquetofficial

www.facebook.com/ubebanquethall