Nikmati Bufet Ramadan bertemakan Mutiara Rasa di The Light Hotel Seberang Jaya. Menawarkan citarasa utara dengan pelbagai hidangan antaranya Nasi Kandar, Kari Kepala Ikan Merah, Ayam Bawang, Kambing Hitam Manis, Gulai Ketam, Dalca Telur, Masak Lemak Telur Itik, Sarak Ikan dan Sup Gear Box. Menyediakan lebih dari 140 jenis menu pilihan, yang pasti menepati citarasa anda. Manisan kuih-muih tradisonal seperti serabai dan serawa durian merupakan pelengkap  juadah.

 

 

Manisan kuih-muih tradisonal seperti serabai dan serawa durian merupakan pelengkap  juadah.

Menyuntik sedikit kelainan, juadah Qash’ah atau hidangan di dalam dulang diperkenalkan. Satu dulang hidangan boleh dinikmati seramai empat orang. Anda boleh memilih sama ada inginkan hidangan nasi bersama ayam atau kambing. Boleh sahaja, sekiranya anda inginkan kombinasi kedua hidangan ini. Untuk set hidangan Qash’ah dijual pada harga RM250.

Bufet Ramadan Mutiara Rasa

18/5/2018 – 14/6/2018

RM100.00 Nett (Dewasa) | RM90.00 Nett (Kanak-kanak / Warga Emas)
Spice Brasserie

Bufet Ramadan Selera Muhibbah

21/5/2018 – 13/6/2018

7.00 mlm – 10.00mlm

RM80.00 Nett (Dewasa) | RM70.00 Nett (Kanak-kanak / Warga Emas)
Flavour@3

Juadah Qash’ah

18/5/2018 – 13/6/2018

7.00 mlm – 10.00mlm

RM235.00 Nett (4 Orang)
Sage

Menurut Eksekutif Cef, Halim Mohamad selain hidangan masakan Melayu Pulau Pinang pihaknya turut menyajikan hidangan masakan Barat, Cina dan India yang turut dibantu oleh Eksekutif Sous Cef, Murugan Balakrishnan dan Chinese Sous Cef H’ng Weng Kiang. Tunggu apa lagi, jom kita buat tempahan sekarang di talian 04-3821111 layari www.thelighthotelpg.com  atau www.facebook.com/thelighthotelpg