BAHAN-BAHAN:
1 biji betik muda (saiz sederhana)
1/2 sudu kecil kapur makan (untuk mengeraskan betik yang disagat tadi)
2 biji timun
BAHAN UNTUK KUAH:
9 ekor ikan selayang (jika mahu kuah lebih pekat boleh lebihkan)
5 sudu besar cili kisar (lebihkan jika suka lebih pedas)
1 keping manisan (boleh juga guna gula melaka)
3 sudu besar gula
3 sudu besar kicap
1/2 cawan cuka/ boleh guna air asam jawa (pekat)
Garam secukup rasa
1 1/2 liter air
CARA MENYEDIAKAN:
- Sagat betik dan masukkan ke dalam bekas yang berisi air. Hancurkan kapur makan dengan sedikit air. Tapis kan dan masukkan dalam rendaman betik tadi.
- Rendam betik tu selama 15 minit. Basuh hingga bersih dan tos kan. Potong timun nipis-nipis.
- Untuk membuat kuah pula, rebus ikan dengan sedikit air hingga masak. Sejukkan. Ambil isi ikan dan tumbuk lumat.
- Masukkan 1 1/2 liter air, cili kisar, manisan dan kicap ke dalam periuk. Masaklah hingga mendidih. Biarkan selama 10 minit dan masukkan cuka.
- Masukkan dua atau tiga senduk kuah itu ke dalam isi ikan yang ditumbuk dan gaul sebati. Jangan sesekali masukkan isi ikan terus ke dalam kuah, nanti ikan itu berketul-ketul. Tuang ke dalam periuk kuah dan biarkan mendidih.
- Tambahkan gula dan garam secukup rasa. Kuah ini perlu ada rasa masam, manis dan pedas.
- Untuk menghidangkannya, isikan betik ke dalam mangkuk dan letakkan hirisan timun di atasnya. Boleh juga letakkan hirisan nanas bagi yang sukakan makan nanas. Letakkan kuah atas bahan-bahan tadi dan rojak betik sedia untuk dimakan.