BAHAN-BAHAN
10 gm serbuk agar-agar
500 ml air
3 keping roti
2 biji telur
3 sudu besar susu pekat manis
1 tin susu cair
1 sudu besar oren sunquick
1 sudu besar jus lemon
1 sudu kecil esen vanila
3 sudu besar gula
Pewarna
CARA MENYEDIAKAN
1. Masak agar dengan air hingga mendidih.
2. Kisar roti bersama susu cair, susu pekat manis, telur, gula, oren sunquick, jus lemon dan esen vanila hingga hancur. Masukkan ke dalam agar-agar yang dimasak tadi. Biar mendidih.
3. Angkat dan keluarkan untuk menjadi lima bahagian. Setiap bahagian warnakan merah, hijau, biru dan ungu. Satu bahagian tanpa diwarnakan.
4. Tuang adunan tanpa warna ke dalam bekas dan tuang sedikit demi sedikit adunan berwarna secara berselang-seli sehingga habis.