RAHSIA KACANG KUDA

WhatsApp
Facebook
Twitter
Telegram
LinkedIn

Siapa suka makan kacang kuda? Tahu tak apa khasiatnya? Tidak ramai yang mengetahui yang serbuk kacang kuda boleh dijadikan masker selain digunakan untuk membuat makanan! Memang boleh! Sebenarnya bila cerita tentang kacang kuda saya teringat ramuan masker kacang kuda yang dikongsi oleh seorang wanita dari Pakistan.Dia merupakan isteri kepada kawan abang ipar saya. Huma namanya.

Pertama kali saya bertemu Huma pada tahun 2000 ketika saya dan keluarga abang ipar berkunjung ke rumahnya. Kami disajikan dengan masakan Pakistan yang cukup enak. Inilah kesempatan saya untuk bertukar-tukar resipi.  Selain pandai memasak Huma turut pandai menjaga kecantikan diri dan tidak lokek berkongsi cerita. Daricerita kasut hingga ke beg tangan sampailah kisah cerita perapian diri. Ya..! Dia memang sangat cantik. Teruja saya melihat keayuannya.

Cerita punya cerita… barulah saya tahu, kacang kuda adalah rahsia kecantikannya! Amalan memakai masker tepung kacang kuda yang dicampurkan dengan jus lemon setiap malam. Keesokan pagi muka hanya perlu dibilas. Jangan lupa mencuba tip kecantikan ini ya..InsyaAllah muka anda lebih gebu dan mulus. Eh ‘ralit’ pula bercerita tentang kecantikan diri dalam majalah SAJI!Iyalah kan… dalam pada kita sembang tentang masakan, kecantikan diri nak juga dijagakan. Barulah kita lebih berkeyakinan dan orang yang berada di sekeliling kita merasa lebih selesa dengan kita. Barulah chill!

Kacang kuda rebus merupakan makanan snek yang popular di Malaysia. Kacang kuda membekalkan sumber protein. Selain itu ia mengandungi zink yang memainkan peranan penting dalam sistem imunisasi, pertumbuhan dan perkembangan seksual seseorang. Kacang ini dapat membekalkan sumber folat yang sangat diperlukan untuk membina sel-sel baru dalam badan. Ia juga baik untuk memberi sumber serat yang dapat mengawal pemakanan kita. Kacang kuda juga dapat membekalkan karbohidrat terutama pada mereka yang mempunyai masalah insulin dan diabetis.

Kekacang ini banyak digunakan oleh masyarakat Asia Barat sama ada tepungnya dijadikan untuk salutan sayur atau daging dan kemudiannya digoreng atau dibuat salad. Di India tepung kacang kuda diguna untuk memekatkan kari atau sup. Ia juga digunakan untuk membuat pakoras. Ada juga kacang kuda yang telah dikomersialkan dalam tin dan boleh dibeli di pasaraya. Jadiresipi bulan ini saya menggunakan kacang kuda dalam juadah! Akhir kata Chilla selalu!

  

Topik Lain

Saji Eksklusif

Topik Berkaitan