BAHAN-BAHAN:
500 gm ayam daun kesum
2 biji tomato – potong baji
2 sudu besar minyak masak
Sedikit garam
Sedikit gula
Sedikit serbuk lada hitam
Sedikit jus lemon
BAHAN KISAR
3 cm halia
2 batang serai
2 tangkai daun ketumbar
4 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
1 sudu besar biji ketumbar
1 sudu kecil jintan putih
2 tangkai cili hijau
5 tangkai cili padi hijau
CARA MENYEDIAKAN
- Goreng ketumbar dan jintan putih tanpa minyak sehingga wangi kemudian campurkan semua bahan-bahan kisar lain dan mesin sehingga halus.
- Panaskan minyak dan goreng bahan kisarsehingga garing dan harum.
- Kemudian masuk ayam, serbuk stok ayam dan biarkan ayam masak seketika.
- Selepas itu masukkan santan, kacang kuda dan kacang pis dan biarkan mendidih.
- Masukkan pula jus lemon,gula, garam dan serbuk lada hitam.
- Akhir sekali masukkan daun kesum dan tomato. Masak sebentar dan tutup api. Angkat dan hidangkan mengikut kreativiti anda.