BAHAN-BAHAN:
10 gm serbuk agar-agar
2 biji telur
500 ml air
½ tin susu cair
1 cawan gula
3 sudu besar tepung kastard
½ tin buah campuran
Perisa kopi, vanila dan strawberi
CARA MENYEDIAKAN:
- Serbuk agar-agar di masak hingga larut.
- Masukkan gula, biarkan mendidih. Kemudian masukkan susu cair dan telur.
- Sementara itu, kastard dibancuh dengan sedikit air. Buah koktel dituskan airnya.
- Masukkan bancuhan kastard ke dalam agar-agar dan kacau hingga likat.
- Bahagikan kepada 3 bahagian. Tiap satu diberi perisa kopi, strawberi dan vanila.
- Tuang bahagian perisa vanila dahulu dan taburkan sedikit buah koktel. Biarkan keras. Selepas itu, barulah tuangkan perisa strawberi dan taburkan sedikit buah koktel biarkan keras dan diakhiri dengan perisa kopi. Taburkan koktel dan biarkan keras sepenuhnya sebelum dihidangkan.