BAHAN-BAHAN
500 gm pasta penne
2 sudu besar garam
6 keping daging salai atau 3 batang sosej – hiris
2 sudu besar minyak zaitun
200 gm udang – buang kulit
6 ulas bawang putih
1 sudu kecil daun rosmari
2 cawan krim masakan
1 cawan keju parmesan
1 sudu kecil serbuk lada hitam
CARA MENYEDIAKAN
1. Rebus pasta dengan air bercampur garam sehingga lembut dan toskan.
2. Dalam kuali masukkan daging salai atau sosej, udang, minyak zaitun dan bawang putih. Tumis selama 3 minit sahaja.
3. Masukkan krim, rosmari, serbuk lada hitam selama 5 minit.
4. Kemudian masukkan pasta, gaul sebati.
5. Matikan api dan masukkan keju. Gaul lagi.
6. Masukkan dalam bekas, dan taburkan sedikit lagi keju di atasnya.
7. Masukkan dalam ketuhar dan bakar dengan kaedah double boiler selama 5 minit.