FETUCINI BUNGA KOBIS

WhatsApp
Facebook
Twitter
Telegram
LinkedIn

BAHAN-BAHAN
500 gm pasta fetucini
200 gm bunga kubis
3 cawan air rebusan bunga kobis
6 ulas bawang putih
1 sudu besar mentega
1 sudu kecil garam
¼ cawan krim masakan (heavy cream)
1 cawan air rebusan pasta
Sedikit serbuk lada hitam
5 sudu besar minyak zaitun

CARA MENYEDIAKAN
1. Bunga kubis dipotong kecil dan direbus dengan enam cawan air sehingga lembut.
2. Sementara itu panaskan mentega, tumis bawang putih sehingga naik bau.
3. Pasta direbus sehingga kembang dan lembut. Toskan. Sisakan secawan air rebusan.
4. Bunga kubis dikisar dengan tiga cawan air rebusan. Kisar sekali dengan bawang putih yang ditumis, minyak zaitun dan garam.
5. Tuangkan adunan kisar ke dalam kuali dan masukkan pasta, dan secawan air rebusan pasta.
6. Gaul sebati dan tuangkan krim masakan dan serbuk lada hitam.

Topik Lain

Saji Eksklusif

Topik Berkaitan