BAHAN-BAHAN
2 sudu kecil serbuk gelatin
1 mangkuk kecil krim putar
1 batang lobak merah – potong nipis
1 labu bawang besar – potong nipis
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
Minyak zaitun
Bahan sos
1 biji lemon
1 sudu besar mustard
2 sudu besar madu
3 sudu besar minyak zaitun
Garam secukup rasa
CARA MENYEDIAKAN
- Masak gelatin dan krim putar atas api sederhana. Bila adunan dah sebati dan pekat baru tutupkan api dan biarkan sejuk seketika.
- Kemudian tumis lobak merah dan bawang besar dengan minyak zaitun. Biarkan hingga kekuningan. Kemudian masukkan bahan tumis tadi ke dalam gelatin dan krim putar tadi.
- Selepas itu, kisar halus adunan tadi. Masukkan dalam acuan dan simpan dalam peti sejuk sekurang-kurangnya selama 2 jam.
- Sementara panna cota beku, sediakan sos untuk dihidangkan bersamanya. Perah lemon, masukkan mustard, madu, minyak zaitun dan garam. Pukul perlahan-lahan sehingga pekat.
- Bila dah beku boleh dihidangkan. Hiaskan dengan buah-buahan campuran atau limau dalam tin berserta sos.