RAIKAN sambutan Tahun Baru Cina dengan juadah istimewa oleh Cef Bustami Osman di Tonka Bean Cafe & Deli, Hotel Impiana KLCC, Kuala Lumpur. Pelbagai hidangan disediakan secara bufet dengan harga hanya RM148 seorang.
Antara yang menarik adalah ayam goreng sos lada hitam, ketam goreng cili, sup makanan laut, udang goreng dengan sos istimewa serta pelbagai jenis pencuci mulut sedia dinikmati.
Tidak lengkap hidangan Tahun Baru Cina tanpa yee sang. Pengunjung boleh memilih menu yee sang seperti sotong, ketam, salmon, abalone dan lobster untuk hidangan 5 hingga 10 orang. Selain di restoran, pakej bawa pulang juga disediakan bagi mereka yang mahu menikmati yee sang di rumah.
Potongan harga bilik turut ditawarkan sempena musim perayaan kali ini.