BAHAN A
8 biji kentang – rebus dan lenyek
½ tin susu cair
½ cawan santan
3 biji telur
1 sudu kecil garam
75 gm mentega
BAHAN INTI
300 gm ayam -potong dadu
2 labu bawang besar – potong dadu
Daun bawang
Daun sup
1 sudu bawang putih tumbuk
Minyak
2 sudu besar serbuk kari
Sedikit air
CARA MENYEDIAKAN
1.Tumis bawang putih. Bila dah naik bau masukkan serbuk kari yang telah dibancuh bersama sedikit air.
2. Masukkan ayam. Biarkan ia menjadi setengah masak dan bolehlah masukkan bawang besar.
3. Setelah kuahnya kering dan ayam telah masak, masukkan daun bawang, daun sup. Ketepikan dan masukkan dalam bekas.
4. Untuk penyediaan kentang lenyek: Kentang lenyek dicampurkan dengan ke semua bahan A. Gaul sebati.
5.Tuangkan separuh dalam acuan. Kemudian letakkan sedikit isi ayam dan tuangkan separuh lagi kentang lenyek.
6. Bakar pada suhu 175 C selama satu jam.