BAHAN-BAHAN
3 cawan beras Basmahti – cuci dan tos
2 cawan air
1 1/2 cawan susu segar
Gula dan garam
4 batang serai – hiris
1 labu bawang besar – hiris
3 ulas bawang putih – hiris
3 cm halia – hiris
4 sudu besar minyak sapi
5 kuntum bunga cengkih
Pewarna
CARA MENYEDIAKAN
1. Panaskan minyak sapi dan tumis semua bahan hiris dan bunga cengkih. Tumis sehingga separuh garing.
2. Masukkan air, susu, gula, serai dan garam. Biarkan mendidih.
3. Tuangkan beras dan tanak sehingga nasi masak.
4. Titiskan pewarna setelah air nasi sudah kering.