NASI REMPAH AYAM

WhatsApp
Facebook
Twitter
Telegram
LinkedIn

BAHAN REMPAH
1 sudu kecil jintan manis
1 sudu kecil ketumbar
1 sudu kecil jintan putih
1 sudu kecil lada hitam

 

BAHAN KISAR
1 labu bawang besar
5 ulas bawang putih
3 cm halia

 

BAHAN A
10 ketul ayam
3 biji tomato – belah 4
4 cawan beras basmathi – cuci dan tos
1 cawan santan
1 cawan yogurt
3 cawan air
Garam dan gula
1 sudu besar serbuk kari
3 sudu besar minyak sapi
3 sudu minyak masak

 

CARA MENYEDIAKAN

1. Bahan sangai dikisar kering.
2. Panaskan kedua jenis minyak dan tumis bahan kisar dan bahan sangai sehingga pecah minyak.
3. Kemudian masukkan serbuk kari dan daun pandan.
4. Masukkan ayam. Kacau sehingga ayam kecut.
5. Tuangkan tiga cawan air, garam dan gula. Biarkan ayam empuk.
6. Setelah ayam empuk masukkan tomato, santan dan yogurt. Biarkan mendidih lagi.
7. Masukkan beras dan tanak seperti biasa.

Topik Lain

Saji Eksklusif

Topik Berkaitan