NASI IMPIT SAMBAL IKAN

WhatsApp
Facebook
Twitter
Telegram
LinkedIn

BAHAN-BAHAN:

720 gm beras

2 liter air

1 helai daun pandan

 

BAHAN SAMBAL IKAN:

10 ekor ikan selayang – rebus, buang tulang dan kisar

2 batang serai

5 ulas  bawang merah

3 ulas bawang putih

1 biji santan kelapa

4 sudu besar cili kering kisar

Garam dan gula secukup rasa

2 keping asam gelugur

 

CARA MENYEDIAKAN:

  1. Cuci beras seperti biasa, masukkan beras dan daun pandan ke dalam periuk berisi air.
  2. Setelah nasi masak, kaup dan masukkan dalam plastik sementara masih panas.
  3. Menggunakan jarum atau objek tajam yang bersesuaian, lubang-lubangkan plastik tersebut sambil ditekan untuk memampatkan nasi.
  4. Untuk menyediakan sambal ikan pula, serai, bawang merah dan bawang putih di kisar halus.
  5. Masukan ke dalam kuali bersama isi ikan, cili kisar, asam gelugur dan santan.
  6. Kacau rata di atas api sederhana. Apabila agak kering masukan garam dan gula. Kacau perlahan sehingga garing.

Topik Lain

Saji Eksklusif

Topik Berkaitan