BAHAN-BAHAN
330 gm tepung gandum
3 sudu kecil serbuk penaik
3 sudu besar serbuk koko
3 sudu besar susu tepung
250 gm mentega
5 biji telur
210 gm gula kastor
1 sudu besar pewarna hijau
1 sudu besar cuka
1 sudu kecil serbuk penaik
Cara membuat buttermilk
3 sudu besar susu tepung
160 ml air suam
2 sudu besar jus lemon
Campurkan semua bahan dan biarkan seketika
CARA MENYEDIAKAN
1. Alas loyang (9 in X 9 in) dengan kertas kek dan biarkan kertas kiri dan kanannya melebihi bekas loyang. Panaskan ketuharpada suhu 170C hingga 180C
2. Ayak tepung gandumbersama tigasudu kecil serbuk penaik, serbuk koko dan susu tepung.
3. Putar mentega sehingga kembang, kemudian masukkan telur satu persatu.Putar sehingga sebati kesemuanya.Masukkan pewarna hijau. Putar hingga sebati adunan.
4.Masukkan bancuhan tepung ke dalam adunan secara berselang-seli dengan buttermilk, putar lagi.
5.Masukkan satu sudu kecil serbuk penaik dan cuka ke dalam mangkuk kecil. Kacau hingga berbuih.
6.Segera masukkan ke dalam bancuhan adunan kek dan kacau dengan senduk plastik.
7. Keluarkan dua sudu besar adunan dan masukkan ke dalam beg paip. Ketepikan.
8. Masukkan adunan ke dalam loyang dan bakar selama 50 minit atau sehingga masak.
Lapisan krim keju
250 gm krim keju
70 gm gula kastor
20 gm tepung gandum
2 sudu besar air
1 biji telur
Cara menyediakan
1.Putar krim keju sehingga kembang kemudian masukkan telur, terus putar. Masukkan gula dan putar lagi.
2. Masukkan tepung dan air. Putar sehingga sebati.
3. Bila kek sudah masak sapukan lapisan krim keju ke atasnya dan gunalah lebihan adunan kek(dalam beg paip) untuk membuat lakaran marmar.
4. Bakar semula selama 15 hingga 20 minit.Biarkan kek sejuk dalam loyang dan dengan menggunakan lebihan kertas tadi angkat kek dari loyang.