Tidak dinafikan ramai yang salah anggap apabila melihat signboard Marhaban Bikum. Rata-rata  menjangkakan restoran ini menyediakan hidangan Arab semata-mata. Sebenarnya maksud Marhaban Bikum ialah selamat datang..!

Menariknya, restoran ini tidak terikat dengan satu konsep ataupun tema. Asal sedap mata memandang, menepati cita rasa mahupun selera ia sudah cukup memadai. Restoran ini diusahakan oleh pasangan ipar-duai iaitu Mohd Nadzry Md Yatim dan Cef Muhammad Hafiz Abd Halim kira-kira lapan tahun yang lalu.

Mengorek rahsia kejayaan anak muda ini, akui mereka asal mula berniaga gerai makan di bawah pokok beratapkan langit terbuka. Kesukaran dan dugaan berniaga di tempuhi dengan penuh kesabaran. Berkat kerja keras dan sikap ingin maju ke hadapan, membuatkan mereka berusaha tanpa kenal erti putus asa.

 

MURTABAK KAMBING TERBAIK

Kunjungan SAJI ke Marhaban Bikum yang terletak di Bandar Baru Bangi, tidak kurang hebatnya. Kami dihidangkan dengan murtabak kambing yang cukup enak. Ya.. Murtabak kambing Singapura…the best in town! Murtabak yang kaya dengan daging kambing berserta lelehan keju yang ditabur, cukup padan dengan gelaran yang diberi murtabak terbaik alam semesta.

Tidak sia-sia Cef Muhammad merantau ke Selatan negeri, semata-mata mahu mempelajari ilmu menebar roti canai daripada ‘otai’ Pak Hamid Murtabak dan inilah hasilnya. Terbaik…! Martabak ini bukan hanya biasa-biasa, daging dihiris nipis dan cukup lembut apabila dikunyah. Rasa rangup murtabak dan kepedasan kuah kari memberikan rasa yang cukup enak. Sukar untuk digambarkan. Kami sarankan anda yang berkunjung ke restoran ini memesan murtabak kambingdan rasailah kenikmatannya.

Selain martabak, nasi goreng kambing, nasi Arab dan masak lemak Negeri Sembilan antara menu popular yang sering dipesan pelanggan. Biarpun masih baru enam bulan beroperasi, Marhaban Bikum berjaya meletakkan penanda aras yang cukup tinggi bagi pesaing. Apa tidaknya, segala jenis menu tersedia dan cukup berbaloi dengan kelazatan yang berganda. Kata orang, sedap sangat sampai tak padan dengan harga.

Seksyen 9, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor

WAKTU OPERASI : 10 Pagi – 12.00 malam

ISNIN (TUTUP)

FOTO : ROHAIDA ZULKIFLI