BAHAN:
Badam – dipanggang seketika
Daun –daun salad secukupnya
Kubis ungu -disagat
Kubis putih – disagat
Hirisan tomato ceri
Limau mandarin – dibuang kulit dan hiris nipis
Epal hijau dan epal merah – dihiris nipis
Mayonis
Sos cili
Sedikit bijan
Sedikit lada hitam
CARA:
- Gaulkan kesemua bahan dengan mayonis.
- Susun di pinggan taburkan bijan dan serbuk lada hitam.
- Tambahkan sos cili. Sedia dihidangkan.
RESIPI: NORZILA SAIM