MISI HALAL HONG KONG – OCEAN PARK

WhatsApp
Facebook
Twitter
Telegram
LinkedIn

 

Ocean Park

Perjalanan ke Ocean Park, penulis hanya menaiki bas bernombor No.629 di Admiralty MTR Station. Tiada masalah membawa makanan luar masuk ke dalam, namun bagi pengunjung beragama Islam, anda boleh menikmati hidangan di gerai halal yang tersedia berdekatan tasik. Ternyata warga Ocean Park mengalu-alukan pengunjung beragama Islam untuk bergembira di sini.

Terdapat pelbagai menu yang tersedia antaranya Nasi Ayam Hainan, Bebola Daging dengan Sos Tomato Herba, Ayam Tandoori, Sate Ayam dan Daging, Salad dan Buah-buahan segar. Namun penulis cukup menyarankan agar pembaca mengisi perut terlebih dahulu kerana ia satu-satunya kiosk halal yang tersedia di taman tema ini.

Pengalaman di Ocean Park cukup mengagumkan. Daripada panda gergasi, ikan lumba-lumba, Old Hong Kong sehinggalah permainan ekstrem untuk dicuba, semestinya meninggalkan memori yang cukup indah untuk dikenang.

Makanan halal, itu perkara pertama yang terlintas di fikiran. Sudah sering mendengar keluhan rakan-rakan, kalau bercuti di Hong Kong, mee segera wajib diisi penuh dalam beg. Risau jika kebuluran di negara orang.

Namun percutian Saji ke sana baru-baru ini melenyapkan skeptikal itu. Misi mencari makanan halal tidaklah sesukar yang digambarkan.

Memilih Ocean Park sebagai lokasi pertama dan nyata taman tema ini mengalu-alukan kedatangan warga Muslim. Kiosk makanan halal terletak berhampiran pintu masuk dan pemandangan indah mewarnai waktu santapan.

Sebagai rujukan, Saji sertakan bayaran masuk untuk seorang :

Dewasa : HKD345 = RM191

Kanak-kanak : HKD175 = RM95.80

Menurut pengetahuan Saji, Ocean Park hanya menyediakan hanya satu kiosk makanan halal dan ianya terletak di bahagian hadapan tasik. Dan Saji cadangkan agar pembaca mengisi perut terlebih dahulu sebelum meneruskan pengembaraan. Setidak-tidaknya, beli dan simpan dahulu sebelum menaiki kereta kabel atau Ocean Express untuk ke bahagian The Summit.

Menyediakan pelbagai pilihan menu antaranya,

  • Nasi Ayam Hainan (HK$75) = RM41.50
  • Bebola Daging dengan Sos Tomato Herba (HK$45) = RM24.90
  • Ayam Tandoori (HK$45) = RM24.90
  • Sate Ayam (HK$45) = RM24.90
  • Sate Daging (HK$45) = RM24.90
  • Salad (HK$30) = RM16.60
  • Buah-buahan segar (HK$35) = RM19.30

*1HKD = RM0.55

Pengalaman di Ocean Park cukup mengagumkan. Merasai sendiri pengalaman berada di habitat sebenar Panda dan Panda Merah meninggalkan kenangan yang indah. Suasana nyaman dan udara segar membangkitkan satu rasa yang cukup hebat.

Malah, melihat ikan lumba-lumba melompat kegirangan di depan mata menggamit memori zaman kanak-kanak. Keterujaan menyaksikan hidupan laut menghiburkan penonton memberikan satu kepuasan maksimum. Cukup indah.

Bukan sahaja habitat liar, pengunjung juga boleh mencuba pelbagai aktiviti ekstrem seperti Flying Swing, The Dragon, Crazy Galleon, The Flash, Escalator dan banyak lagi.

Jika tidak,anda boleh sahaja meneruskan perjalanan ke Old Hong Kong dan rasai sendiri pengalaman berada di zaman silam. Klasik dan begitu menyentuh hati melihatkan masa berlalu dengan pantas tanpa disedari.

Sedikit panduan, untuk ke Ocean Park, turun di Admiralty MTR Station dan keluar menerusi ‘Exit B2’. Kemudian cari papan tanda bas untuk ke Ocean Park. Ambil bas bernombor 629.

  

Topik Lain

Saji Eksklusif

Topik Berkaitan