BAHAN:
250 gm makaroni – rebus sehingga lembut
1 tin sardin
3 ulas bawang putih
2 ulas bawang merah
5 tangkai cili padi merah
5 tangkai cili padi hijau
1 biji tomato – dipotong dadu
Garam secukup rasa
Sedikit minyak masak
CARA:
- Bawang merah, bawang putih dan cili padi merah ditumbuk kasar.
- Panaskan minyak dan tumis sehingga naik bau.
- Masukkan sardin dan sosnya sekali. Hancurkan isi sardin dan gaulkan bersama bahan tumisan tadi.
- Kemudian masukkan tomato yang dipotong dadu, garam dan cili padi hijau yg dihiris. Kacau dan biarkan selama 5 minit. Masukkan makaroni dan gaul rata.
RESIPI:
FAUZIAH ABD GHAFFAR (http://gee-hut.blogspot.com)