BAHAN KULIT LUAR
300 gm tepung pulut
60 gm tepung sagu
2 sudu kecil air kapur
150 ml air daun pandan (anggaran)
Sedikit garam
BAHAN INTI
250 gm kacang hijau – rendam hingga kembang
200 gm gula merah – hiris halus
200 ml santan cair – campur dengan sedikit garam
BAHAN UNTUK MEMBALUT
100 ml santan pekat – campur dengan sedikit garam
3 helai daun pandan
Daun pisang untuk membungkus
CARA MENYEDIAKAN
- INTI : Rebus kacang hijau sehingga lembut, kemudian lenyek halus.
- Kemudian campurkan kacang hijau ini dengan santan dan gula. Masak di atas api kecil kacau sehingga pekat.
- Sejukkan inti. Selepas itubentukkan menjadi bulatan kecil. Ketepikan.
- KULIT LUAR : Campur ke semua adunan dan uli sehingga menjadi doh. Bentukkan menjadi bulatan kecil.
- Nipiskan setiap bulatan kulit, masukkan inti dan bulatkan.
- MEMBALUT : Ambil satu keratan helaian daun pisang, letakkan satu bulatan berinti dan 1 sudu kecil santan pekat, bungkus dan lipat kemas. Kukus sehingga masak selama 45 minit. Sedia untuk dihidangkan