BAHAN
500 gm tepung beras pulut
¼ cawan gandum
1 sudu kecil air kapur
1 sudu kecil tepung beras
2 keping gula Melaka
2 cawan air
2 cawan kelapa parut
½ sudu kecil garam
1 sudu besar minyak
Plastik untuk mengalas loyang
CARA
- Gula Melaka dimasak bersama air hingga hancur dan tapiskan.
- Dalam mangkuk, gaul tepung beras pulut, tepung gandum, tepung beras, air kapur dan air sirap gula Melaka. Uli hingga menjadi doh seperti onde-onde. Jika perlu boleh tambah air sedikit demi sedikit.
- Alas plastik ke dalam acuan dan sapukan minyak.
- Letak adunan dan ratakan.Kukus hingga masak.
- Angkat dan potong sebesar ibu jari.
- Gaul bersama kelapa parut yang digaul bersama garam.