Adunan Kuih Cara:
250 gm tepung gandum
1 sudu besar tepung ubi kentang
2 biji telur
250 ml santan pekat
350 ml air
1 sudu kecil garam
Pewarna kuning telur – secukupnya
Bahan Hiasan :
Bawang goreng, daun sup , daun bawang dan cili merah.
INTI SARDIN:
1 tin kecil ikan sardin
2labu bawang besar – potong kiub
3 tangkai cili kering – kisar
2 ulas bawang putih– kisar
Garam secukup rasa
2 sudu besar minyak – untuk menumis
CARA MENYEDIAKAN:
- Satukan semua bahan, bancuh hingga sebati. Perapkan selama 30 minit.
- Panaskan acuan, masukkan sedikit minyak dan tuangkan adunan kuih cara.
- Letakkan inti sardin ditengahnya dan tabur bahan hiasan. Tutup dengan penutup periuk.
- Masak hingga adunan kelihatan garing sedikit. Angkat dan sedia untuk dihidangkan.
- Panaskan minyak, tumis cili kering sehingga naik minyak, masukkan semua bahan kisar dan tumis hingga wangi.
- Masukkan bawang besar dan ikan sardin, masak sehingga agak kering.
- Masukkan sedikit garam secukupnya. Angkat dan sedia untuk digunakan.