KUAH KACANG DAGING BEREMPAH

WhatsApp
Facebook
Twitter
Telegram
LinkedIn

BAHAN-BAHAN:     

500 gm kacang tanah ( digoreng tanpa minyak dan ditumbuk kasar)

200 gm cili kisar

200 gm gula melaka atau 4 keping gula kabung / gula melaka

3 sudu besar gula makan

3 batang serai ( diketuk)

5 ulas bawang putih – kisar

15 ulas bawang merah – kisar

2.5 cm halia – kisar

500 ml santan pekat

1 sudu besar serbuk jintan putih

1 sudu besar serbuk jintan manis

Garam secukup rasa

Sedikit minyak untuk menumis

CARA MENYEDIAKAN:     

  1. Panaskan minyak masak di dalam kuali.
  2. Masukkan serai dan tumis bahan-bahan yang dikisar sehingga bangkit baunya.
  3. Masukkan cili kisar dan kacau perlahan-lahan hingga pecah minyak.
  4. Masukkan serbuk jintan putih dan jintan manis.
  5. Masukkan air, gula pasir, gula melaka dan garam secukupnya. Kacau hingga pekat dan mendidih.
  6. Masukkan kacang tanah yang ditumbuk tadi.
  7. Gaul sebati dan biarkan masak sebentar.
  8. Angkat dan sedia dihidangkan bersama nasi impit atau ketupat nasi.

Topik Lain

Saji Eksklusif

Topik Berkaitan