BAHAN ISIAN
1 tin buah pic – buangkan sirap dan hiris
2 sudu besar tepung
½ sudu kecil serbuk kayu manis
¼cawan gula
2 susu kecil perahan lemon
BAHAN LUARAN
¾ cawan tepung
¼ cawan serbuk badam
¼ cawan gula
1 sudu kecil serbuk penaik
Secubit garam
½ cawan susu segar
4 sudu besar mentega cair
1 sudu besar jus lemon
2 sudu besar gula – tabur
CARA MENYEDIAKAN
- Panaskan ketuhar kepada suhu 190 darjah selsius.
- Dalam mangkuk satukan bahan isian dan gaul sebati dengan tangan.
- Masukkan dalam mangkuk pai, dan bakar selama 10 minit.
- Sementara itu kita sediakan bahan luaran dengan mencampurkan tepung, serbuk badam, serbuk penaik dan garam. Gaul sebati.
- Dalam mangkuk lain satukan susu, jus lemon dan mentega cair.
- Tuangkan adunan nombor 5 sedikit demi sedikit ke dalam adunan kering sambil diuli sebati dengan senduk kayu.
- Letakkan adunan di atas pic yang dibakar tadi dan taburkan gula pasir. Bakar semula selama setengah jam.