BAHAN-BAHAN
500 gm beras pulut
1 biji kelapa (ambil santan pekat anggaran 250gm)
Sedikit garam
1 paket dodol lemak dipotong panjang
Daun pisang (potong anggaran saiz 20 x 10cm) – jemur
CARA MENYEDIAKAN:
- Beras pulut dibersihkan lalu direndam selama empat jam. Tos kan sehingga kering.
- Kukus pulut hingga masak.
- Keluarkan pulut dan gaul bersama santan pekat yang di campur dengan sedikit garam dan sejukkan.
- Sudu kan dua sudu makan pulut. Letakkan dodol di tengahnya.
- Bentuk kan dengan kemas dan gulung dengan daun pisang. Lipat di hujungnya.
- Ambil 2 biji ketupat dan ikat kemas dengan tali rafia. Kukus sekali lagi beberapa minit.
- Angkat ketupat dan biarkan ia menjadi sejuk.